Peniaga pasar tidak peduli - Utusan Malaysia

Peniaga pasar tidak peduli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati peniaga masih menjual cili merah dari Vietnam secara terbuka meskipun kerajaan telah mengharamkan kemasukan produk pertanian itu sejak 14 September lalu.

Hasil penelitian di salah sebuah pasar borong utama di Lembah Klang, cili yang diharamkan kerana dikesan mengandungi kadar sisa racun tinggi dijual pada harga RM50 bagi setiap kotak yang mengandungi tujuh kilogram cili.

Buat masa ini, cili merah dari Thailand sememangnya dibenar di bawa masuk untuk dijual ke pasaran negara, namun pembeli boleh memilih untuk mendapatkan varieti berbeza iaitu tempatan, Thailand dan Vietnam.

Bagi membezakan produk pertanian berkenaan, cili Thailand dibungkus menggunakan kotak malah memiliki butiran pengimport dan pengeksport termasuk asal negara ditanam.

Cili dari Vietnam pula didatangkan dalam pakej bakul berwarna merah yang hanya mempunyai maklumat mengenai syarikat pembuat bakul dari negara berkenaan.

Tinjauan turut mendapati harga cili Thailand lebih tinggi berbanding Vietnam manakala cili tempatan lebih mahal daripada kedua-dua cili import tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN