KUALA TERENGGANU 15 Dis. – Seorang pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Seri Nilam nyaris lemas ketika memukat ikan di Sungai Rengas, di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa Muhammad Sawaluddin, 24, bagaimanapun sempat diselamatkan pihak bomba selepas kira-kira 30 minit berdepan detik cemas tersebut. Muhammad berkata, ketika memukat ikan di sungai tersebut bot fiber dinaikinya tiba-tiba terbalik menyebabkan di jatuh ke dalam sungai. Katanya, selepas terjatuh…