JOHOR BAHRU 6 Dis. – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tiga pertuduhan melakukan khianat membakar rumah jirannya akhir bulan lalu. Tertuduh, Ramlan Madon, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin. Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan api yang maksud hendak menyebabkan ke atas tiga buah rumah milik Suhaili Abu Bakar, Samakyah Johari serta…










