PULAU PINANG 6 Dis. – Seorang suri rumah yang mengalami masalah jantung dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini menerusi penerbangan ihsan bagi menjalani rawatan segera. Penerbangan ihsan dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang membawa Ruby Looi Joo Hua itu berlepas dari Pengkalan Udara Subang kira-kira pukul 7.30 pagi tadi dan tiba di Padang Polo berhadapan HPP di sini, kira-kira pukul 9 pagi ini. Sejurus tiba dengan helikopter Agusta…










