KUALA LUMPUR 11 Dis. – Urusan pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berjalan seperti biasa walaupun agensi itu mengalami masalah seperti didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. Tinjauan Utusan Malaysia di Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak di sini hari ini mendapati masih ramai pendeposit membuat simpanan wang ke akaun mereka walaupun masalah agensi itu hangat disensasikan pihak tertentu dalam media sosial. Menurut seorang…