ALOR SETAR 14 Dis. – Selepas Pemuda UMNO Sabah mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan semalam, kini Pemuda UMNO Alor Setar pula turut senada demi survival parti. Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, beliau berharap Ahmad Zahid berjiwa besar mengorbankan jawatannya itu agar hala tuju parti menjadi lebih jelas dan berfokus. Beliau menegaskan, pihaknya membawa harapan daripada suara…