Pemimpin UMNO lompat parti tidak dihargai PH - Utusan Malaysia

Pemimpin UMNO lompat parti tidak dihargai PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 24 Dis. – Wakil-wakil rakyat dan pemimpin UMNO yang melompat parti kini mula merasai kesannya apabila tindakan mereka bukan sahaja dipersoalkan pelbagai pihak tetapi seakan tidak mendapat ‘restu’ dalam Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Datuk Ir. Hasni Mohammad
Datuk Ir. Hasni Mohammad 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad mendakwa mereka kini seakan-akan sudah merasakan tersalah langkah dan terjerat dengan tindakan sendiri.

“Mereka bagaikan tidak dihargai apabila tiada pihak daripada PH yang mengalu-alukan kedatangan mereka sebaliknya penyokong PH mendesak supaya mereka tidak diberikan sebarang jawatan atas sebab-sebab tertentu.

“Jika dilihat ketika ini motif kebanyakan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang melompat mula dipersoalkan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, keadaan lompat parti yang berlaku ketika ini dilihat menguntungkan pihak lawan tetapi sebenarnya apabila diteliti menguntungkan UMNO.

Menurutnya, tindakan mereka keluar parti dan ingin sertai parti lain tidak sesekali pun merugikan UMNO sebaliknya bagaikan proses pembersihan secara semulajadi.

“Cuma, saya nasihatkan mereka supaya bersikap ‘gentleman’ (budiman) dan serahkan gelaran Ahli Parlimen atau ADUN kepada UMNO, biar kita adakan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana rakyat memilih calon disebabkan parti dan bukannya calon itu sendiri.

“Mereka bertanding di bawah tiket UMNO, jika mahu keluar tidak mengapa tetapi pulangkanlah supaya tidak mengecewakan rakyat dan rakyat juga berhak memilih,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×