SEREMBAN – Seorang pemilik syarikat barangan lusuh didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas kesalahan membuang sampah secara haram di Kawasan Perindustrian Nilai, Januari lalu. Hakim Maimoonah Aid menjatuhkan hukuman itu selepas M. Govy, 36, mengaku salah selepas pertuduhan keatasnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Berdasarkan pertuduhan, pemilik syarikat TMG Metal Trading itu didakwa melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu sisa pepejal isi rumah di Lot 750, Kawasan Perindustrian Nilai,…