BALIK PULAU – Kira-kira 30 pemandu limusin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas di sini mengadakan demonstrasi aman semalam bagi mendesak kerajaan menangani konflik mereka dengan syarikat dan pemandu e-hailing. Ia berikutan pemandu terbabit mendakwa punca pendapatan mereka terjejas kerana terpaksa bersaing dengan pemandu e-hailing untuk mengambil penumpang di LTAPP. Seorang pemandu limusin, Gopal Nair, 72, memberitahu, mereka hanya bergantung kepada penumpang dari lapangan terbang itu…