LONDON – Pemain pertahanan Arsenal, Sead Kolasinac terus mempertahankan rakan sepasukan, Mesut Ozil selepas pemain antarabangsa Jerman itu berdepan kritikan sejak kebelakangan ini. Ozil berjaya menutup mulut pengkritik apabila menampilkan aksi berkualiti ketika membantu The Gunners menewaskan Burnley pada aksi Liga Perdana England di Stadium Emirates, Sabtu lalu. Kolasinac menegaskan, media sering mencipta berita-berita sensasi, terutamanya mengenai pemain ternama seperti Ozil sehingga menjejaskan reputasinya selaku pemain yang dihormati. “Apabila anda adalah seorang bintang bola sepak seperti Mesut, inilah yang perlu anda hadapi. Saya tahu sentiasa ada berita panas mengenainya tetapi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya