PARIT 14 Dis. – Seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz al-Quran Masjid Lama, Lambor Kanan maut setelah motosikal yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, Miqdad Muhammad, 17, yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Muhammad Umair Md. Yusof, 17, mengalami kecederaan dalaman. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad…