Pelajar maut selepas terbabas ketika menunggang motosikal - Utusan Malaysia

Pelajar maut selepas terbabas ketika menunggang motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM – Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 360 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 7 pagi itu, mangsa, Muhammad Nazrul Hakim Heerizal, 19, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang berasal dari Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah itu dalam perjalanan dari Ipoh ke Sungai Buloh, Selangor. 

“Tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Yamaha Y125ZR yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong kanan berhampiran besi pembahagi jalan. 

“Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Wan Kamarul Azran, mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat. 

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia berpunca daripada kecederaan teruk di bahagian kepala disebabkan kemalangan. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×