TANJUNG MALIM 28 Dis. – Seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun maut setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 360, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 7.15 pagi itu, Muhammad Nazrul Hakim Heerizal yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR maut di tempat kejadian akibat parah di kepala. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan berlaku setelah motosikal ditunggang…










