Pekin, Mona Ellen selamat bernikah - Utusan Malaysia

Pekin, Mona Ellen selamat bernikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim dilaporkan sudah selamat bernikah dengan aktres Mona Allen pada petang tadi.

Menurut beberapa kemas kini dari jurusolek, perunding perkahwinan dan juruinai terkenal di laman Instagram, gambar Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 28, dirakam menyarung busana perkahwinan dan berada di atas pelamin sambil menayangkan inai yang baru dipakai.

Beberapa foto pasangan mempelai makan di meja beradab dan poster yang menyatakan majlis tersebut adalah perkahwinan Mona dan Pekin juga turut tular di media sosial.

Namun begitu, tiada sebarang pengesahan atau komen berjaya didapatkan apabila kedua-duanya memilih tidak menjawab panggilan telefon daripada Kosmo! Online.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd. Iznan Ibrahim, 37, sebelum ini pernah bertunang dengan Uqasha Senrose sebelum hubungan itu terputus sekitar 2014. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN