NIAMCEY 8 Dis.- Pejabat pengendali telekomunikasi terbesar India, Airtel yang beroperasi di sini diarah tutup ekoran kegagalan syarikat tersebut melunaskan bayaran cukai tertunggak bernilai AS$107 juta (RM445.7 juta). Memetik laporan AFP, seorang kakitangan syarikat tersebut memberitahu telah diarah keluar dari premis pejabat tanpa sebarang notis pemberitahuan. “Pengutip cukai menutup pejabat dan mengarahkan semua kakitangan meninggalkan premis itu segera,” katanya. Pengawal selia telekomunikasi kebangsaan mendedahkan Airtel yang mula beroperasi di Nigeria sejak 2001 memiliki 51 peratus pegangan saham di negara tersebut. Dalam perkembangan berkaitan, Airtel diberi tempoh sehingga Jumaat depan untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya