KUANTAN 22 Dis. – Seorang peguam menanggung kerugian setelah ejen pelancongan yang menawarkan pakej percutian ke luar negara ‘lenyap’ selepas bayaran sebanyak RM107,500 dibuat. SUPRINTENDEN MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa pada Jun lalu dihubungi oleh suspek dikenali sebagai Norhisyam. Katanya, Norhisyam bertanyakan apakah mangsa mahu ke Korea dan suspek bersedia menguruskan semua pakej tersebut. “Mangsa bersetuju dan seramai…










