Pegawai polis berpangkat ASP ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Pegawai polis berpangkat ASP ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah sebanyak RM8,000, hari ini.

Menurut sumber, lelaki berusia 44 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 5.17 petang hari ini.

“Suspek ditangkap bagi tujuan siasatan berkaitan penerimaan wang rasuah bagi mendapatkan kelulusan pembaharuan lesen perniagaan barang-barang lusuh yang diusahakan sebuah syarikat di sekitar Teluk Intan, Perak.

“Dua transaksi wang rasuah berjumlah RM4,000 ke dalam sebuah akaun bank dan wang tunai RM4,000 telah berlaku sekitar Mac hingga Jun bulan 2018,” katanya di sini hari ini.

Jelas sumber, suspek telah meminta wang rasuah keseluruhan berjumlah RM13,000 namun hanya menerima RM8,000.

Tambahnya, selain tangkapan, pembekuan akaun bank turut dilakukan bagi tujuan sitaan kemasukan wang tersebut.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan perintah reman akan dipohon esok di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak,” ujar sumber terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN