KUALA LUMPUR 19 Dis. – Konglomerat Malaysia, YTL Corporation Berhad dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah dengan melancarkan Pusat Kawalan Polis Bantuan yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) pertama dalam negara di Jalan Amra Sentul di sini hari ini. Pusat kawalan dan pasukan Polis Bantuan (PB) YTL yang dirasmikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim itu bakal menempatkan sebanyak 260 pegawai dan anggota polis berpangkat Timbalan Penguasa Polis, Penolong Penguasa Polis, Inspektor, Sarjan, Koperal dan Konstabel. “Pasukan PB YTL ini unik berikutan mempunyai pusat kawalan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya