WASHINGTON 24 Dis. – Selepas tiga hari Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis menyerahkan surat perletakan jawatan, Presiden AS, Donald Trumph mengumumkan perlantikan Timbalan Ketua Pertahanan, Patrick Shanahan sebagai pemangku Setiausaha Pertahanan AS bermula Januari ini. Pengumuman itu dibuat Trump menerusi akaun Twitter miliknya hari ini. Shanahan yang merupakan seorang eksekutif Boeing dicalonkan menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pertahanan sejak tahun 2017. -REUTERS










