KOTA KINABALU 6 Dis. – Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd Shafie Apdal, meminta pasukan keselamatan supaya meningkatkan tahap kawalan keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi mengekang aktiviti jenayah di kawasan perairan negara. Beliau berkata situasi di kawasan berkenaan perlu terus dipantau rapi berikutan kejadian seorang juragan warga Indonesia cedera ditembak sekumpulan lelaki lengkap bersenjata semasa menaiki bot tunda, Magtrans II, di perairan Pegasus Reef Kinabatangan, semalam. “Saya…










