KOTA BHARU 26 Dis. – Pas menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai sebuah parti yang lemah kerana hanya mampu menang 11 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu walaupun mendapat bantuan dalam Pakatan Harapan (PH). Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah secara sinis berkata, partinya lebih kuat berbading Bersatu kerana menang di 18 kerusi Parlimen serta menawan dua buah negeri walaupun berjuang bersendirian. “Kalau banding Pas…









