KUALA LUMPUR – Seorang anggota Dewan Negara berkata, dakwaan kononnya Tabung Haji (TH) mengeluarkan hibah dengan melanggar Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014 boleh menyebabkan pendeposit dan rakan niaga TH hilang keyakinan terhadap institusi kewangan Islam itu. Senator Khairul Azwan Harun berkata, beliau yakin dengan laporan juruaudit luar (Ernst & Young) yang menyatakan TH boleh membayar dividen dan tidak melanggar sebarang klausa mahupun akta itu. “Malah, ia juga telah disahkan oleh Ketua Audit Negara menerusi laporan audit yang dibentangkan di Parlimen, maka tidak timbul soal Tabung Haji melanggar mana-mana klausa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya