IPOH 7 Dis. – Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) menafikan tiga pemain importnya iaitu Leandro Dos Santos, Wander Luiz dan Gilmar Jose Da Silva Filho tidak akan disambung kontrak pada musim depan. Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tiga pemain berkenaan akan dikekalkan bagi memantapkan skuad The Bos Gaurus. “Ada pihak cuba mewujudkan cerita mengenai pemain import kita kononnya mereka tidak akan disambung kontrak dan Perak akan mencari pemain…










