Paderi mengaku tidak bersalah masukkan jari dalam kemaluan wanita - Utusan Malaysia

Paderi mengaku tidak bersalah masukkan jari dalam kemaluan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 28 Dis. – Seorang paderi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini pagi ini atas pertuduhan melakukan hubungan seks dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang wanita tanpa kebenaran awal bulan ini.

Bagaimanapun, tertuduh, Ooi Kean Lye, 59, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, Kean Lye didakwa melakukan kesalahan itu terhadap wanita berusia 24 tahun di sebuah pangsapuri di Jalan Laguna 2, Perai dekat sini, kira-kira pukul 2 petang 1 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh disebat.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natrah Mohd. Yusof manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Izad Buqhary Mohd. Kamri.

Sementara itu, Noor Aini membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Januari ini untuk sebutan semula kes.

Difahamkan, tertuduh membayar wang jaminan yang ditetapkan.

Media semalam melaporkan mengenai kejadian itu yang dipercayai berlaku semasa mangsa ke rumah suspek yang juga bapa angkat kepada rakannya untuk melakukan rawatan penyakit sendi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN