Paderi dituduh cabul gadis 24 tahun - Utusan Malaysia

Paderi dituduh cabul gadis 24 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 26 Dis. – Seorang paderi bakal dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini Jumaat ini kerana didakwa mencabul seorang gadis pada awal bulan ini.

Suspek yang berusia 59 tahun dan telah berkahwin itu ditahan polis di sebuah apartment di Jalan Laguna 2, Perai pada 18 Disember lalu selepas menerima laporan daripada mangsa yang berusia 24 tahun.

Difahamkan, terdapat seorang lagi gadis berusia 24 tahun turut menjadi mangsa cabul suspek.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kejadian itu didakwa berlaku ketika suspek melakukan rawatan penyakit sendi ke atas mangsa pada 1 Disember lalu.

“Kira-kira pukul 2 petang di rumah suspek, suspek telah mengurut kaki mangsa sebelum membuka pakaian mangsa bagi meneruskan urutan.

“Suspek telah mengurut seluruh badan mangsa lalu mencabul gadis tersebut,” katanya.

Menurut Nik Ros Azhan, suspek sebelum ini didakwa sering menyentuh badan mangsa seperti bahu, dada dan punggungnya ketika mangsa berjumpa rakannya di rumah suspek.

“Suspek juga didakwa selalu mengatakan dia mahu merogol mangsa,” katanya.

Tambahnya, suspek juga berpesan kepada mangsa agar tidak memaklumkan kejadian tersebut kepada sesiapa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN