GUA MUSANG – Lebih 500 penduduk Orang Asli di Kampung Jedip, Pos Brooke di sini cemas setiap kali musim tengkujuh kerana kerap berdepan kejadian banjir lumpur yang berpunca daripada hakisan bukit berhampiran kediaman mereka. Kejadian terbaharu berlaku pukul 8 malam kelmarin apabila hujan lebat menyebabkan air dari bukit yang digondol untuk kebun tanaman sayur itu telah melimpah turun. Air lumpur itu turut mengalir ke permukaan jalan raya sehingga menjejaskan pergerakan…