GUA MUSANG 24 Dis. – Seramai 30 daripada 150 penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh di sini mengalami penyakit misteri apabila mereka meningkat usia remaja. Penyakit misteri itu menyebabkan mereka mengalami masalah kulit kering dan bersisik di seluruh tubuh badan. Penduduk Orang Asli di kawasan itu berkata, mereka tidak mengetahui tentang punca penyakit itu dan mendakwa masalah itu bukan disebabkan keturunan mereka. Seorang penduduk Orang Asli Kuala Koh, Salim Ping, 32, berkata, dia mendapat penyakit kulit bersisik sejak berumur 14 tahun. Katanya, pada awalnya dia menyedari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya