SEBAIK sahaja ditarik keluar dari kereta, kanak-kanak yang dikenali sebagai Ali itu terus menangis serta memeluk erat pegawai yang menyelamatkannya. Ali terselamat daripada kejadian alam yang mengerikan apabila pasukan penyelamat mendengar tangisannya. Pasukan penyelamat terpaksa mengalihkan kayu dan runtuhan lain kerana kereta tersebut terperangkap di bawah pokok yang tumbang akibat dibadai tsunami. Walaupun terperangkap selama lebih 12 jam di dalam kereta itu, nasib kanak-kanak itu baik apabila dia tidak menjadi…










