KLANG – Ketua Penolong Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Nurulhuda Mohd. Salleh dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Klang Utara yang baharu berkuat kuasa hari ini. Beliau merupakan wanita kedua yang diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) oleh Ibu pejabat Polis (IPK) Kontinjen Selangor. Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menjadi wanita pertama dilantik KPD…