PUTRAJAYA 6 Dis. – Bekas Penasihat CIMB Islamic Bank Bhd. (CIMB Islamic), Datuk Noripah Kamso diumum sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Rakyat yang baharu. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, Noripah juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn. Bhd. dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB-Principal Asset Management Sdn. Bhd.. “Beliau kini memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah BIMB Investment Management Berhad dan Top Glove Corporation…










