KUALA LUMPUR – Jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suku ketiga yang berakhir 30 September 2018 meningkat 12.82 peratus kepada RM14.61 bilion berbanding RM12.95 bilion yang dicatatkan semasa tempoh sama tahun lepas. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Datuk Mohamad Nasir Ab. Latif berkata, peningkatan pendapatan itu dipacu daripada pemulihan ekuiti di Malaysia dan ASEAN dalam suku tersebut daripada kemerosotan pasaran dalam suku-suku sebelumnya. “Suku ketiga menyaksikan kami…










