NGO Antarabangsa bantu sekolah agama luar negara - Utusan Malaysia

NGO Antarabangsa bantu sekolah agama luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Sekolah-sekolah agama dan tahfiz di Kemboja perlu di naik taraf daripada segi kemudahan dan sistem pembelajaran bagi menarik minat kanak-kanak serta remaja untuk mendalami pelbagai ilmu termasuk bidang teknologi.

Ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata, oleh yang demikian, pihaknya telah menyumbangkan tiga buah komputer riba kepada sebuah sekolah yang terletak di sempadan Kemboja dan Vietnam yang dikenali sebagai Sekolah Darul Iman.

Jelasnya, sumbangan tersebut dibuat kerana mahu sekolah agama dan tahfiz terbabit bergerak ke hadapan selaras dengan perkembangan teknologi iaitu pelajar perlu didedahkan dengan ilmu bermanfaat.

“Pelajar juga harus diterapkan tentang masalah sosial yang melanda dunia khususnya gejala dadah sehingga merosakkan generasi kini, oleh itu, saya menyeru ibu bapa serta guru menitikberatkan pendidikan anak-anak.

“Guru-guru juga perlu mengambil contoh keburukan gejala dadah ini seperti merosakkan masyarakat dan melemahkan pentadbiran negara,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN