KOTA KINABALU 8 Dis. – Polis Sabah masih belum dapat mengesan dan menjumpai sekumpulan nelayan dilaporkan hilang di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan, Sabah pada 5 Disember lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah. Beliau berkata, tiada sebarang maklumat terkini diterima setakat ini dan polis sedang menunggu perkembangan lanjut mengenai kejadian itu. Omar berkata, pihaknya juga masih belum dapat mengesahkan individu terbabit diculik atau sebaliknya kerana belum ada sebarang laporan polis diterima daripada anggota keluarga mangsa atau mana-mana pihak menyatakan perkara itu. “Polis menjalankan siasatan di bawah kes orang hilang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya