KUALA LUMPUR 28 Dis. Walaupun e-rokok diharamkan penjualannya di Malaysia, terdapat beberapa syarikat e-rokok atau vape dari Malaysia yang telah berjaya menempah nama di luar negara termasuk di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Rusia. Syarikat pengeluar e-rokok jenama Nanostix misalnya berjaya menembusi pasaran antarabangsa setelah melalui beberapa syarat ketat di negara-negara tersebut dan produk itu sendiri telah menjalani penyelidikan dan pembangunan (R&D) lebih daripada setahun sebelum memasuki pasaran.…










