Najib kesal sistem sokongan kebajikan rakyat semakin hilang - Utusan Malaysia

Najib kesal sistem sokongan kebajikan rakyat semakin hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak kesal sistem sokongan kebajikan rakyat semakin hilang sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara.

Sehubungan itu bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat perlu cekal berdepan dengan masa hadapan yang semakin sukar untuk semua orang.

“Saya terkilan transformasi nasional tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancangkan,” katanya semasa menyampaikan ucapan tahun baharu dalam siaran langsung melalui Facebook petang ini.

Antara yang ketara adalah bantuan untuk golongan berpendapatan rendah melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang digantikan kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) menetapkan orang bujang tidak lagi layak menerimanya.

Beliau turut mempersoalkan sikap kerajaan hari ini yang menangguhkan penurunan harga petrol semasa sedang harga minyak dunia menurun dan hanya memutuskan mengkaji perkara tersebut selepas dibangkitkan olehnya serta beberapa pihak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN