MyCC siasat isu kenaikan harga telur ayam - Utusan Malaysia

MyCC siasat isu kenaikan harga telur ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Suruhanjaya Persa­ingan Malaysia (MyCC) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Da­lam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang menyiasat isu kenaikan harga telur ayam yang menjadi kebimbangan orang ramai ketika ini.

Ketua Pegawai Ekseku­tifnya, Iskandar Ismail ber­kata, kerjasama itu bagi mengenal pasti sama ada terdapat elemen antipersaingan yang mungkin berlaku dalam pasaran telur ayam tempatan.

“Selain isu pencatutan yang mungkin menjadi penyebab kenaikan harga telur ayam berlaku, kita juga turut melihat beberapa aspek lain seperti kartel penetapan harga, pembahagian kawasan persaingan dan tindakan mengehadkan pengeluaran dengan sengaja.

“Kita akan mengambil kira harga harian dan jumlah pengeluaran telur ayam bagi menilai perkara ini selain memantau aktiviti eksport telur ayam ke pasaran luar negara yang semakin me­ningkat kebelakangan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, pihak kementerian melaporkan akan menyiasat sama ada kewujudan aktiviti kartel menyebabkan harga telur meningkat secara konsisten pada setiap minggu sejak beberapa bulan lepas.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata, MyCC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perusahaan yang terlibat dalam kegiatan kartel mengikut Akta Persaingan 2010.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×