MT tidak bincang tentang Khairy - Utusan Malaysia

MT tidak bincang tentang Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini tidak membincangkan tentang tindakan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dilihat lantang mengkritik parti dalam laman sosial.

Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana parti tersebut sangat meraikan perbezaan sama ada dalam bentuk pendapat atau pendirian.

“Kita meraikan perbezaan pandangan tapi tadi tiada pula kita bincang secara khusus tentang Khairy, kita bincang macam mana nak kukuh semula parti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Khas UMN di Menara Dato Onn, di sini sebentar tadi.

Sementara itu, berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameroon Highlands Mohamad berkata, UMNO memberi sepenuh kepercayaan kepada MIC untuk meletakkan calon bersesuaian di sana.

“Kita seperti kebiasaannya jika pada pilihan raya umum tempat itu diberikan kepada parti komponen Barisan Nasional. Kita masih menghormati susunan dan persetujuan tersebut tetapi terpulang kepada presiden parti (MIC) tentukan siapa calon,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×