MRA santuni mualaf di Lubuk Antu, Sarawak - Utusan Malaysia

MRA santuni mualaf di Lubuk Antu, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Sebagai sokongan buat saudara baharu, Malaysian Relief Agency (MRA) menjalankan program ziarah dan memberi bantuan kepada komuniti itu di daerah Lubuk Antu, Sri Aman, Sarawak.

Program pada 26 Disember lalu itu melibatkan 16 buah keluarga yang tinggal di rumah panjang terletak di Kampung Saudara Baharu, Merindun dalam daerah itu.

Presidennya, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, antara sumbangan yang disampaikan adalah keperluan makanan asas seperti beras dan kelengkapan persekolahan.

“MRA Cawangan Sarawak yang diketuai Penyelaras MRA Negeri, Wan Azizan Wan Zainal Abidin telah mengadakan program ziarah komuniti saudara baharu Islam (mualaf) di kawasan pedalaman sambil menghulurkan bantuan.

“Bersempena bermulanya sesi persekolahan 2019 tidak lama lagi, sejumlah 33 pelajar sekolah di kampung itu juga menerima sumbangan beg sekolah baharu dan kelengkapan alat tulis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berharap bantuan itu dapat menyuntik semangat dalam kalangan para pelajar untuk menimba ilmu seterusnya menjadi insan berguna kepada menayarakat dan negara.

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada petugas dan sukarelawan dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) cawangan Sarawak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×