SEPANG 13 Dis. – Kuota haji Malaysia untuk musim tahun depan kekal sebanyak 30,200 jemaah. Walau bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan agar kouta itu ditambah memandangkan jumlah penduduk Malaysia kini meningkat kepada 31 juta. Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Mohammad Saleh Taher Benten sewaktu dalam Mesyuarat Tahunan Menteri-menteri Haji yang berlangsung…










