Mohamad Hasan pamer karisma, kredibiliti - Utusan Malaysia

Mohamad Hasan pamer karisma, kredibiliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Meskipun baru beberapa hari menerajui UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mempamerkan karisma dan kredibiliti untuk memimpin serta memulihkan UMNO apabila berjaya menyediakan hala tuju jelas kepada parti.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, tumpuan Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO itu untuk memperkasakan parti dengan menyelesaikan segera permasalahan dalaman wajar dipuji kerana rakyat melihat UMNO selepas pilihan raya lebih memberi perhatian kepada masalah parti dan bukannya membela mereka.

Jelas beliau, keyakinan yang agak goyah dalam kalangan ahli sejak kebelakangan ini bukan kerana mereka tidak menyayangi UMNO tetapi kerana kegagalan kepemimpinan menyediakan hala tuju yang membolehkan parti tersebut bangkit kembali.

“Mohamad kena yakinkan ahli dan memberi harapan kepada mereka bahawa UMNO boleh jadi pembangkang yang berwibawa dan merampas kembali kuasa pada pilihan raya akan datang. Ini kerana rakyat kini berani untuk memilih, mana-mana kerajaan yang tidak memenuhi aspirasi rakyat berkemungkinan besar akan ditolak pada masa hadapan.

“Orang UMNO keluar parti bukan kerana mereka mahu bersama Pakatan Harapan pun, mereka berhijrah sebab tidak yakin kepada parti dan perkara ini perlu dipulihkan segera,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, pensyarah kanan Putra Business School, Dr. Ahmed Rahman Abdul Latiff berkata, selepas menyediakan hala tuju, cabaran utama yang didepani UMNO kini adalah bagaimana untuk merealisasikan objektif dan matlamatnya.

Ujarnya, di sini kewibawaan Mohamad dan barisan Majlis Tertinggi (MT) akan diuji tentang bagaimana mereka mahu memotivasikan pemimpin ba­wahan serta akar umbi berjuang pada ketika tiada lagi imbuhan dan janji jawatan tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×