KUALA LUMPUR 21 Dis. – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan kini turut memainkan peranan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN), susulan keputusan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bercuti daripada mengetuai UMNO.

Jelas Mohamad, ini kerana tugas-tugas Presiden UMNO juga adalah untuk menjadi Pengerusi BN.
“Beliau (Ahmad Zahid) berehat sekali (termasuk) sebagai Pengerusi BN,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Khas UMNO di Menara Dato Onn, di sini sebentar tadi.- UTUSAN ONLINE










