BERDASARKAN pemerhatian Ooi Kok Hin, seorang penyelidik sarjana di Universiti Waseda, MMN, bermaksud Malay Muslim Nationalism. Memetik kata-kata Wong Chin Huat, seorang ahli sains politik merangkap rakan sejawatnya di Institut Pulau Pinang, Kok Hin berhujah bahawa “MMN” akan dapat menentukan keputusan pilihan raya umum (PRU) akan datang bermula PRU-15 tahun 2023 nanti.
Di MMN, Melayu dan Muslim serta nasionalisme mereka akan bersatu dalam satu templat. Apabila dan ketika mereka melakukannya, kumpulan etnik lain seantero Malaysia, sama ada akan bergerak ke arah MMN – disebabkan ketakutan – atau menjauhi kepada satu jarak selamat daripadanya, sekali lagi, kerana ketakutan juga.
Di sini kita dapat melihat logik analisis Kok Hin, dan Chin Huat, mula bercanggah. Bagaimana? Pertama, kepercayaan bahawa MMN boleh mencetuskan ketakutan hanyalah omong kosong.
Sekiranya strategi politik dan kepercayaan Liew Chin Tong dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) di ambil sebagai penanda aras, DAP percaya kepada Middle Malaysia; sama seperti yang dilakukan oleh Bersatu, Amanah atau PKR.
Dalam PRU lalu, sebagai contoh, Chin Tong berulang kali menegaskan bahawa DAP meletakkan “lebih banyak calon Melayu (dalam DAP) di bawah umur 40 tahun,” berbanding dengan UMNO atau Pas. Sekarang, yang menariknya: ketika DAP bersedia untuk meletakkan lebih ramai calon Melayu, itu bermakna MMN tidak benar.
Ia amat meragukan di mana DAP, sebuah parti sentris sosialis, boleh memilih dalam kalangan mereka sendiri. Kedua, tiada siapa tahu betapa mendalam DAP percaya Middle Malaysia.
Setakat ini, Chin Tong sahaja ahli strategi parti yang kelihatan menyokong dengan sepenuh jiwa dan raga. Tetapi individu – individu seperti Lim Guan Eng, kini Menteri Kewangan, telah menegaskan bahawa dia melihat dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia, mendahului identiti beliau sebagai seorang etnik Cina ataupun orang Cina Malaysia.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, Presiden Amanah, Mohammad Sabu, dan ahli-ahli lain dalam PKR turut ada bersama ketika beliau mengeluarkan kenyataan tersebut. Semua bersetuju bahawa “Malaysia Baharu” adalah mengenai Malaysia terlebih dahulu.
Ketiga, ketika Kok Hin dan kebanyakan pakar pengajian Malaysia yang lain, seperti Edmund Terence Gomez di Universiti Malaya, cenderung untuk menyesali kewujudan undang-undang seperti Akta 153, yang mempertahankan keistimewaan kaum, keistimewaan Raja-raja Melayu dan Bumiputera termasuk Sabah dan Sarawak, semua beranggapan bahawa sistem hak dan keistimewaan khas ini sering wujud tetapi hanya pada nama sahaja.
Sepanjang sembilan bulan kebelakangan ini, sejak pilihan raya umum lalu, pelaburan langsung asing (FDI) yang telah mengalir ke negara ini mencapai RM41 bilion ringgit – berbanding RM14 bilion ringgit dalam tempoh yang sama pada 2017.
Ini bermakna kemenangan bersejarah 9 Mei lepas telah membawa kepercayaan baharu yang ditemui dalam New Malaysia bahawa gabungan empat parti komponen demokratik dapat berfungsi. Sekiranya tidak ada kepercayaan dalam gabungan empat parti ini, ditambah dengan perikatan strategik bersama Warisan daripada Sabah, mengapa pasaran menunjukkan tanda positif kepada Malaysia baharu?
Oleh itu, Kok Hin dan Chin Huat, atau sesiapa sahaja yang bersetuju dengan MMN, tidak membaca psikologi Melayu atau Islam atau Bumiputera secara tepat. Itulah sebabnya dalam penolakan ini, tidak perlu bertanya atau meminta persetujuan Kok Hin mengenai konsep “konsosiasionalisme”.
Keempat, tajuk artikel akademik Kok Hin mengelirukan. Dalam mendirikan MMN sebagai pusat tumpuan masa hadapan pada PRU-15 nanti dan PRU yang lain, Kok Hin sebenarnya tidak membicarakan mengenai end of ethno centric elite rule in Malaysia, (dipetik daripada tajuk artikel) tetapi membicarakan permulaan MMN sebagai wacana utama untuk golongan elit dan pengundi berdaftar.
Dalam 222 kerusi Parlimen dan 587 kerusi Dewan Undangan Negeri, (DUN) tidak ada keraguan bahawa beberapa orang ahli politik daripada kedua-dua belah pihak, sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN), akan menggunakan MMN sebagai satu cara tipu helah dan muslihat untuk membimbing jentera pilihan raya mereka.
• Gambaran
Tetapi, pada tahun 2023 yang mendatang, boleh dipastikan Bersatu sahaja tidak akan berkempen di MMN sahaja. Jika Bersatu mahu menggunakan MMN, ia boleh digunakan dalam PRU 2018, di mana pertaruhannya sangat tinggi, kerana sebarang kesilapan yang dilakukan, memberi peluang kepada Najib menggunakan mandat barunya pada PRU-14 untuk menghancurkan semua elemen pembangkang dalam Bersatu dan PH.
Jika Kok Hin dan sekutunya percaya dengan begitu mendalam dalam bayangan MMN – yang berpotensi secara tidak langsung menjelaskan Islamophobia tersembunyi, jika hanya Kok Hin dan sekutunya akan mengambil kisah untuk mengakuinya, mereka sepatutnya bertanya mengapa Dr. Mahathir tidak menggunakan MMN pada kempen PRU-14?
Sebaliknya Dr. Mahathir dan setiap ahli PH bertegas menentang rasuah dan kleptokrasi Najib, yang turut menyerang mengenai kepura-puraan dan kepalsuan Islam Pas secara terbuka. Lebih mengejutkan, tentunya dengan kemenangan PH, dan mengalahkan gabungan besar 13 parti BN, bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, tetapi Sabah dan Sarawak.
Malahan, 82% pengundi yang keluar mengundi pada 9 Mei 2018 benar-benar bimbang mengenai isu-isu seperti tadbir urus yang baik, krisis kewangan masa hadapan dan hutang Malaysia, dan sudah tentu, perompakan “1MDB”, dan apa Tun Daim Zainuddin namakan “mini 1MDB”.
Keenam, Indeks Pasaran Baru Bloomberg telah menyenaraikan Malaysia sebagai ekonomi baru muncul melebihi 20 bidang, semuanya dalam tempoh masa enam bulan. Sebahagian besarnya rizab asing yang kukuh di Bank Negara pada nilai AS$101.5 bilion yang boleh membekalkan import selama 7.7 bulan.
Ketujuh, dimanakah penjelasan kuasa MMN di Sabah, sebuah negeri yang penting pada tahun 2023? Ketua Menteri Sabah dari keturunan Bajau. Namun, Datuk Seri Shafie Apdal mampu memenangi hati dan minda orang Sabah, termasuk golongan Dayak Kadazans-Melayu (KMD). Sekiranya MMN tidak membelakangi beliau di Sabah pada 9 Mei 2018, apa yang berlaku?
Jawapannya mudah: ia memberi pembaharuan slogan Parti Bersatu Sabah 1984 – Sabah untuk orang Sabah yang mana Shafie Apdal dan rakannya, Darrel Leiking tidak takut untuk menggunakannya melalui kempen pilihan raya.
Malah, sepanjang kempen itu, konsep Sabah dan orang Sabah cukup kuat, malah Dr. Mahathir tidak perlu menjejak kakinya.
Natijahnya, MMN boleh wujud, dan ia wujud dalam bentuk pakatan Pas-UMNO yang “jingoistik”. Ia mungkin wujud dalam bentuk perhimpunan Perkasa. Pada Sabtu lepas, walaupun 1 juta ahli Pas, Perkasa dan UMNO muncul untuk anti Konvensyen Antarabangsa mengenai Elimination of Racial Discrimination (ICERD) di Kuala Lumpur, teori penciptaan dan akademik yang dipanggil MMN masih hilang. Mengapa?
Mudah. Ahli parti itu sendiri, yang sebahagiannya boleh dibayar untuk menghadiri acara itu. Tetapi ini bukan majoriti rakyat Malaysia yang mengundi secara besar-besaran, menolak rasuah BN dan UMNO. Malah, ketika kempen PKR, Rafizi Ramli secara terang lagi bersuluh menunjukkan betapa pentingnya mengembalikan semangat Reformasi 1998.
Dengan menekankan pentingnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ikon demokrasi Malaysia, dan bakal Perdana Menteri kempen Rafizi Ramli sendiri sudah cukup untuk menarik ribuan undi.
Semangat reformasi kini masih aktif dalam PKR dan sekali lagi tumbuh dan mekar dalam suasana 9 Mei 2018, di mana tidak ada sesiapa pun dari PH menggunakan MMN sebagai senjata pembukaan kempen masing-masing.
Kok Hin dan sekutunya menggunakan MMN sebagai sebuah gambaran untuk meramalkan kestabilan masa hadapan gabungan besar Pakatan Harapan. Tetapi lensanya didorong oleh ketakutan. Ia mesti dijelaskan bahawa tidak ada yang perlu ditakutkan mengenai MMN.
Kita harus menumpukan kepada isu tadbir urus yang baik dan buruk, yang membentuk tindak balas terhadap seluruh negara mengenai rasuah Pas dan UMNO.
DATUK DR. RAIS HUSSIN MOHAMED ARIFF ialah Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).










