‘Mereka ini aset pembangkang’ - Utusan Malaysia

‘Mereka ini aset pembangkang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Ketika banyak pihak mendesak supaya P. Waytha Moorthy meletak jawatan, nada berbeza pula disuarakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin apabila berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak digugurkan.

Secara sinis, Khairy menyifatkan Waytha Moorthy sebagai aset kepada pembangkang.

Bukan itu sahaja,Khairy turut menyindir Dr. Maszlee Malik apabila meminta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak memecat juga Menteri Pendidikan itu.

KHAIRY JAMALUDDIN
KHAIRY JAMALUDDIN 

“Harap @chedetofficial tidak memecat Waytha Moorthy dan @maszlee. Mereka ini aset bagi pembangkang,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir memberitahu, beliau belum memutuskan sama ada Waytha Moorthy perlu meletak jawatan sebagaimana gesaan banyak pihak akibat kegagalan beliau mengendurkan ketegangan kaum berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Jelas, Dr. Mahathir rakyat bebas untuk menyatakan pandangan mereka mengenai hal tersebut namun terpulang kepadanya untuk membuat keputusan sambil memberitahu beliau berpuas hati dengan prestasi Waytha Moorthy.

Sementara itu, Khairy menerusi satu lagi hantaran dalam akaun Twitter turut mempersoalkan kemampuan Waytha Moorthy memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Waytha Moorthy menjaga portfolio perpaduan. Jelas beliau mencetus kemarahan orang ramai.

“Bagaimana beliau mampu memupuk perpaduan? Apa yang dia boleh buat untuk menyatukan rakyat? Oh, rakyat sudah bersatu dalam menolak beliau. @chedetofficial,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN