MELAKA 10 Dis. – Melaka United berazam mengorak langkah lebih jauh dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2019 apabila mendapatkan khidmat dua bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan dan Safiq Rahim bagi memperkuatkan skuad Hang Tuah itu. Selain itu, Melaka United turut mengikat kontrak bekas kapten Selangor, Mohd Razman Roslan serta lima lagi pemain – bekas pemain Perak, Mohd Nazrin Mohd Nawi; R. Gopinathan (JDT), Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman (Felda…










