KLANG – Medicare Assistance Sdn. Bhd. (Medicare) akan menganjurkan siri Jelajah Pantai Timur Program Usahawan MyCuepacsCare (MyCuepacsCare) di Kelantan, Terengganu dan Pahang selama tiga hari bermula 18 Januari ini. Pengarah Urusan Medicare, K. Palanisamy berkata, lokasi pertama jelajah itu adalah di Kota Bharu, Kelantan pada 18 Januari sebelum diteruskan di Kuala Terengganu, Terengganu (19 Januari) dan Kuantan, Pahang (20 Januari). Beliau berkata, program kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam…









