SEOUL 29 Dis. – Media Korea Utara mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memberi tekanan hebat terhadap isu hak asasi manusia sepanjang tahun ini. Media Korea Utara turut menggesa agar AS menunjukkan ‘rasa hormat’ terhadap Pyongyang. Agensi berita Korea Selatan, Yonhap memetik artikel diterbitkan oleh media Korea Utara iaitu Uriminjokkiri sebagai berkata, AS ‘memperbesarkan isu hak asasi manusia terhadap Pyongyang sepanjang tahun’. Washington sebelum ini pernah mendakwa Pyongyang melaksanakan pelanggaran kebebasan beragama. – BERNAMA
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya