MBSA raih rempat pertama tiga kategori MIPPEA 2018 - Utusan Malaysia

MBSA raih rempat pertama tiga kategori MIPPEA 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 22 Dis. – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meraih tempat pertama bagi tiga kategori sempena Anugerah Kejayaan Perancangan anjuran Institut Perancang Malaysia (MIPPEA) 2018 yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, tiga kategori itu ialah kategori LCCF (Bandar Raya Rendah Karbon): Implementation City Base Shah Alam City Centre Section 14, Low Carbon City (Overall Approach); kategori Place Making and Public Space Award (Public Sector) bagi projek Perpustakaan Anggerik Vanilla; dan kategori Community Based Planning Award bagi penyertaan MBSA Youth Garage.

“Selain itu, MBSA turut menunjukkan pencapaian cemerlang dengan meraih merit untuk kategori Place Making and Public Space Award (Public Sector) bagi program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan serta Special Mention Award untuk kategori Community Based Planning bagi penyertaan Young Waste Buster,” katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kesemua anugerah disampaikan sendiri kepada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad.

Shahrin menjelaskan, penghargaan itu diberikan atas usaha berterusan MBSA yang sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif hijau ke arah pembangunan mampan dan rendah karbon khususnya melalui program-program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, Trees For Life dan penggunaan lampu solar.

“Kejayaan yang dicapai membuktikan komitmen MBSA untuk mewujudkan bandar taya Shah Alam yang lebih mampan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×