SHAH ALAM 19 Dis. – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan pihaknya merobohkan struktur binaan Masjid Ubudiah di Seksyen 19, di sini hari ini, sepertimana yang ditularkan. Ketua Bahagian Komunikasi dan Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, sebaliknya berkata, struktur yang dirobohkan itu bukan bangunan masjid, sebaliknya gerai haram. “Struktur tersebut di luar kawasan masjid dan merupakan gerai haram. Perobohan tersebut langsung tidak melibatkan struktur masjid,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Terdahulu tular gambar struktur berbumbung zink di Masjid Ubudiah Seksyen 19 dirobohkan pihak berkuasa. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya