MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehadiran anjing liar berkeliaran di kawasan awam sekitar bandaraya, supaya membuat laporan dengan menghubungi hotline aplikasi Whatsapp 0198960370. MBM dalam satu kenyataan berkata, penyediaan hotline itu adalah salah satu daripada strategi pihaknya dalam membendung penularan jangkitan rabies di bandaraya, dengan tiga pasukannya sentiasa bersiap sedia untuk menangkap anjing liar dari pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap…










