MB nafi mesyuarat Exco tolak nama Rafizi - Utusan Malaysia

MB nafi mesyuarat Exco tolak nama Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 16 Dis. – Menteri Besar, Aminuddin Harun menafikan mesyuarat Exco negeri ini telah menentang cadangan menamakan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri menyifatkan dakwaan yang tular itu sebagai tidak benar.

“Siapa yang cakap ada tentangan daripada ahli Exco. Maklumat yang kata Exco bantah (menamakan Rafizi sebagai Ahli Dewan Negara) adalah tidak betul,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Kembali Ke Sekolah anjuran Tenaga Nasional Berhad di sini hari ini.

Apabila terus didesak oleh para wartawan dalam isu itu, Aminuddin memberitahu, perkara yang berbangkit dalam mesyuarat Exco tidak sepatutnya terkeluar kepada pengetahuan umum.

“Siapa cakap (ada bantahan). Semua orang setuju insya-Allah. Tak apa lah, saya tak nak komen (lebih lanjut),” katanya.

Aminuddin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan yang tular melalui aplikasi WhatsApp mengenai mesyuarat Exco negeri ini yang dikatakan kecoh apabila Menteri Besar mencadangkan nama Rafizi untuk jawatan Ahli Dewan Negara.

Pelantikan tersebut didakwa dibuat atas cadangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat tersebut dikatakan berakhir dengan keputusan mengenainya digantung selepas sebahagian daripada ahli Exco menolak cadangan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN